Friday 16 November 2012

LUAH HATI

Assalamualaikum ...

di dalam dunia yang serba serbi kemodenan ini , ramai kanak-kanak terutamanya sudah lebih mahir mengunakan teknolgi seperti komputer dan telefon bimbit . umur 6 , 7 tahun sudah memiliki telefon bimbit peribadi , yang kadang-kadang lebih mahal daripada aku punya . aku hanya menggunakan handfone nokia 3310 . okay la , janji boleh berhubung dgn org lain pun da cukup bagus . tak gitu . tetapi , hari ni aku nak bincangkan tentang , salah guna teknologi masa kini , tak kira la sama ada kanak-kanak mahupun dewasa sekalipun dan sekaligus mengingatkan diri ku sendiri .


pada hari ni , boleh dikatakan semua org sudah memiliki akaun facebook , twitter ataupun instagram . tetapi , berhati hati la wahai kawan . sebelum anda tekan button share ataupun anda menulis ke blog seperti ini , pastikan itu adalah fakta dan bukan auta . kerana perkara ini boleh menjadi lebih serious jika semua org hanya share tanpa usul periksa terlebih dahulu .

yang kedua , aku nak cakap , aku tahu tu semua korang punya facebook , tp bahasa dan ayat korang tu tolong la hormat sikit . kau tulis untuk di baca kan , so jangan la mencaci atau memaki di laman sosial . kerana ia mampu membuka aib kamu sendiri . terutama perempuan , kamu automatik akan di label perempuan yang sosial nya teruk . so berhati hati la sebelum menulis .

aku rasa itu sahaja yang aku nak cakap .


~TERUS MAJU UNTUK MASA DEPAN YANG GEMILANG :D