Wednesday 19 December 2012

JATUH

Assalamualaikum ....

da lama jugak tak update blog ni ,jadi kali ni aku nak bercerita pasal jatuh .. pada yang bermain di fikiran anda sekarang bila aku katakan JATUH .. mesti la jatuh ke bawah , jatuh cinta dan sebagainya ..

hari ni aku nak bercakap mengikut keadaan dunia semasa .. apa yang aku lihat .. setiap orang yangberjaya bukan lah bermula dari kejayaan tetapi bermula dari kegagalan yang sering dilakukan dan dia belajar dari setiap kegagalan yang dia hadapi untuk menyempurnakan lagi masa hadapan nya ..

aku bagi contoh yang paling mudah , ketika kita masih kecil lagi , bagaimana kita berjaya berjalan dan sekali gus kita mampu untuk berlari ??  pastinya kita sudah berulang kali jatuh dan bangkit , jatuh dan bangkit .. setiapkali kita bangkit kita cuba untuk sehabis mungkin untuk terus berdiri ..

di sini aku nak cakap , jika kita sekarang sedang JATUH , jgn lah kita berasa sedih tetapi mengambil peluang itu sebagai kekuatan untuk kita bangkit semula .. bangkit dan terus menjadi empayar yang paling kukuh di atas .. tp ingat sekali kita berada di atas , jangan lupakan yang bawah .. kita juga pernah berada di tempat mereka .. dan ingat apabila kita sudah berada di atas , tidak mustahil kita akan jatuh kembali ..


ini jela dari saya untuk kali ini .. bertemu lagi di hari dan waktu yang lain .. hehehhe :D

AKU BANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA :D