Wednesday 6 March 2013

SEJARAH HIDUP

assalamualaikum semua ,

nama diberi Mohammad Kamaruzaman bin Shamsuddin . pada kali ini aku terpanggil untuk menceritakan sedikit sebanyak siapa aku yang sebenarnya .. kalau nak diceritakan sejarah silam aku , aku ni dari kecik sampai la ke sekolah menengah , sejujurnya aku sememangnya nakal yang di pandang jahat oleh masyarakat umum .. dulu , aku sekolah di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN DAYA 2 , haa , cakap je nama aku kat mana mana cikgu lama , pasti kenal sgt dengan nama aku .. sampai kan guru HEM sekolah tu pun da naik muak tengok muka aku ni .. sepanjang aku berada di alam remaja , banyak la gelaran gelaran panas yang aku dapat , antaranya MAT REMPIT la , KUTU RAYAU la , SAMSENG JALANAN la , GANGSTER la . sehinggakan apa yang aku cakap , orang susah untuk percaya . mana tak nye , budak jahat . aku ni sampai satu tahap , bila buat baik , orang kata nak ambil kesempatan , bila buat jahat , da sah sah lah , mengatakan aku jahat . ibubapa aku sendiri dah naik malas nak layan dengan perangai aku dulu .. sikit sikit , buat hal kat sekolah , sana sini .. mungkin benar apa yang orang lain katakan aku ni memang jahat agaknya .. cuma diri ini je yang tidak sedar ..

aku mengambil keputusan untuk sambung belajar adalah kerana aku ingin mengubah dari kegelapan kepada masa depan yang lebih cerah . aku bukan lah nak sekaya BILL GATE  . cuma aku inginkan orang tua ku tersenyum dan aku nak membuat mereka bangga kerana melahirkan dan membesarkan aku selama ini dan sekaligus menukar sikap ku yang dulu nya jahat , menjadi insan yang lebih berguna pada masyarakat .


tetapi untuk BUAH HATI saya sorang ni , saya nak awak tahu , yang saya bukan lah seorang yang baik dulu nya . saya ada banyak sejarah hitam dalam hidup saya , jadinya saya macam tu bukan lah kerana kawan mahupun ibubapa , tetapi atas kemahuan saya sendiri .. kini, saya cuba untuk menjadi yang lebih baik dari semalam . tetapi andai kata , awak malu , andai kata awak benci kerana saya seorang yang jahat , saya tak kesah , kerana ini sejarah hidup saya yang tak mampu untuk saya ubah .. saya cuma nak awak tahu siapa saya yang sebenarnya , siapa saya sebelum saya mengenali awak lagi  .. dan saya tahu cuma ini yang awak tak tahu tentang saya .. saya harap awak boleh terima saya seadanya ..


selepas dari ni , sesiapa saje yang baca yang tak suka aku kerana sejarah hidup aku yang kotor , sila pergi . kerana aku tak kesah , kalau aku dipulaukan , aku tak kesah jika tiada teman , aku tak kesah jika bersendirian , kerana aku sudah tempuh alam tu dari dulu lagi ..

kerana ini sejarah aku yang tak mampu aku ubah .


YANG BENAR ;
kamaruzaman.