Wednesday 19 June 2013

JASMINE SAIDI

Assalamualaikum ...

hari ni , nak menaip tentang JASMINE BINTI SAIDI ini .. kalau tengok kat sebelah je , pasti perasaan nama JASMINE SAIDI ni ada kat area BUAH HATI ... hehhe :D that means , dia lah BUAH HATI aku sekarang ni .. Aku bersyukur kerana ditemukan insan yang benar benar mencintai ku sepenuh hatinya .. Dia adalah seorang gadis yang berasal dari BUMI KENYALANG , SARAWAK ..

Pada mulanya aku mmg tak sangka yang aku akan dapat memiliki hatinya kerana adalah beberapa sebab yang membuatkan dia tidak berapa minat dengan aku ni .. Kami berkenalan tetapi kami tidak pernah jumpa , kami tidak pernah nampak wajah masing masing .. Aku kenal dia di WECHAT .. terima kasih WECHAT .. temukan gadis yang comey lotey dan sangat menyayangi aku ..

SAYANG , b harap walau apa pun terjadi , b tanak berpisah dengan sayang .. b tahu , sepanjang percintaan takkan semuanya tersenyum .. setiap perkara pasti ada masalahnya .. tapi b harap walau besar mana pun masalah itu , b harap kita dapat atasi dengan bijak dan b tanak perpisahan sebagai jalan penyelesaian nya .. kerana b terlalu menyayangi sayang , JASMINE BINTI SAIDI ..

Wednesday 6 March 2013

SEJARAH HIDUP

assalamualaikum semua ,

nama diberi Mohammad Kamaruzaman bin Shamsuddin . pada kali ini aku terpanggil untuk menceritakan sedikit sebanyak siapa aku yang sebenarnya .. kalau nak diceritakan sejarah silam aku , aku ni dari kecik sampai la ke sekolah menengah , sejujurnya aku sememangnya nakal yang di pandang jahat oleh masyarakat umum .. dulu , aku sekolah di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN DAYA 2 , haa , cakap je nama aku kat mana mana cikgu lama , pasti kenal sgt dengan nama aku .. sampai kan guru HEM sekolah tu pun da naik muak tengok muka aku ni .. sepanjang aku berada di alam remaja , banyak la gelaran gelaran panas yang aku dapat , antaranya MAT REMPIT la , KUTU RAYAU la , SAMSENG JALANAN la , GANGSTER la . sehinggakan apa yang aku cakap , orang susah untuk percaya . mana tak nye , budak jahat . aku ni sampai satu tahap , bila buat baik , orang kata nak ambil kesempatan , bila buat jahat , da sah sah lah , mengatakan aku jahat . ibubapa aku sendiri dah naik malas nak layan dengan perangai aku dulu .. sikit sikit , buat hal kat sekolah , sana sini .. mungkin benar apa yang orang lain katakan aku ni memang jahat agaknya .. cuma diri ini je yang tidak sedar ..

aku mengambil keputusan untuk sambung belajar adalah kerana aku ingin mengubah dari kegelapan kepada masa depan yang lebih cerah . aku bukan lah nak sekaya BILL GATE  . cuma aku inginkan orang tua ku tersenyum dan aku nak membuat mereka bangga kerana melahirkan dan membesarkan aku selama ini dan sekaligus menukar sikap ku yang dulu nya jahat , menjadi insan yang lebih berguna pada masyarakat .


tetapi untuk BUAH HATI saya sorang ni , saya nak awak tahu , yang saya bukan lah seorang yang baik dulu nya . saya ada banyak sejarah hitam dalam hidup saya , jadinya saya macam tu bukan lah kerana kawan mahupun ibubapa , tetapi atas kemahuan saya sendiri .. kini, saya cuba untuk menjadi yang lebih baik dari semalam . tetapi andai kata , awak malu , andai kata awak benci kerana saya seorang yang jahat , saya tak kesah , kerana ini sejarah hidup saya yang tak mampu untuk saya ubah .. saya cuma nak awak tahu siapa saya yang sebenarnya , siapa saya sebelum saya mengenali awak lagi  .. dan saya tahu cuma ini yang awak tak tahu tentang saya .. saya harap awak boleh terima saya seadanya ..


selepas dari ni , sesiapa saje yang baca yang tak suka aku kerana sejarah hidup aku yang kotor , sila pergi . kerana aku tak kesah , kalau aku dipulaukan , aku tak kesah jika tiada teman , aku tak kesah jika bersendirian , kerana aku sudah tempuh alam tu dari dulu lagi ..

kerana ini sejarah aku yang tak mampu aku ubah .


YANG BENAR ;
kamaruzaman.

Friday 1 March 2013

SAJAK KEHIDUPAN

Kehidupan ,
adakalanya mudah untuk aku lalui ,
adakalanya sukar sehinggakan tak menemui jalan keluar ,

Kehidupan ,
bagai anak yang baru dilahirkan ,
aku perlu bertatih semula,
untuk aku menghadapi dunia di masa akan datang,

Kehidupan ,
yang dahulunya di samping ,
kini semuanya hilang pergi tanpa pesan ,
aku perlu bangkit sendiri ,
tidak perlu siapa di sisi ,

Kehidupan ,
aku tahu bukan mudah untuk ku harunginya sendiri ,
tetapi itulah yang telah tertulis untuk diriku ,
agar aku lebih kuat , agar aku lebih tahu ,
apa itu ertinya kehidupan ,

Andai suatu hari nanti ,
aku sudah di atas , dan kamu mula merangkak di bawah ,
tak perlulah kamu menangis dan merintih ,
kerna aku pernah seperti kamu sewaktu masa dahulu ...

*aku karangnya sendiri , berdasarkan apa yang ku lalui , jika ada salah dan silap , harap dimaafkan ..

Friday 8 February 2013

KEDAH - PERLIS - LANGKAWI - PULAU PINANG

Assalamualaikum permulaan bicara ,

Aku harap semua dalam keadaan sihat sihat sejahtera .. Kali ni aku nak bercerita tentang cuti cuti malaysia bersama kawan kawan ku ,menghabiskan masa cuti semester .. haha :D

haa , siap gambar lagi .. kali ni , tak byk cerita yang aku nak menaip .. tapi aku lebih banyak mengupload la (bila english diletakkan imbuhan #terok bebeno bunyi nya )  gmbr gmbr yang ada sepanjang percutian kami... 


*sesampai je di kedah , petang tu kami melepak di lereng bukit untuk melihat terbenamnya matahari :D


*haa , lawa kan ?


*di hari kedua , kami telah ke LANGKAWI :D


*YEAH ! LANGKAWI PERMATA KEDAH :D

ke sini la kami semasa hari kedua .. mcm mcm yang kami shooping .. 


*muka sungguh ceria .. tgk tangan la , berplastik plastik .. mcm mcm barang ada .. hehe :D


*pemandangan yang indah yang dapat dilihat dari atas ni .. nama pun pemandangan indah . hehe :D


*apabila sampai di langkawi , ini lah tempat yang mesti snap snap .. dan kami tidak melepaskan peluang tersebut :D


*apabila sampai di kedah .. inilah tempat yang paling nak sangat aku pergi .. mmg best :D


*ini lah aku , excited di bendang .. segenggam padi aku ambil .. hahaha :D

habis lah cuti aku .. DONE bla UTARA ... hahaha :D terima kasih kawan kawan , seronok dapat habis kan masa dgn korang .. korang mmg BEST ! 

Wednesday 19 December 2012

JATUH

Assalamualaikum ....

da lama jugak tak update blog ni ,jadi kali ni aku nak bercerita pasal jatuh .. pada yang bermain di fikiran anda sekarang bila aku katakan JATUH .. mesti la jatuh ke bawah , jatuh cinta dan sebagainya ..

hari ni aku nak bercakap mengikut keadaan dunia semasa .. apa yang aku lihat .. setiap orang yangberjaya bukan lah bermula dari kejayaan tetapi bermula dari kegagalan yang sering dilakukan dan dia belajar dari setiap kegagalan yang dia hadapi untuk menyempurnakan lagi masa hadapan nya ..

aku bagi contoh yang paling mudah , ketika kita masih kecil lagi , bagaimana kita berjaya berjalan dan sekali gus kita mampu untuk berlari ??  pastinya kita sudah berulang kali jatuh dan bangkit , jatuh dan bangkit .. setiapkali kita bangkit kita cuba untuk sehabis mungkin untuk terus berdiri ..

di sini aku nak cakap , jika kita sekarang sedang JATUH , jgn lah kita berasa sedih tetapi mengambil peluang itu sebagai kekuatan untuk kita bangkit semula .. bangkit dan terus menjadi empayar yang paling kukuh di atas .. tp ingat sekali kita berada di atas , jangan lupakan yang bawah .. kita juga pernah berada di tempat mereka .. dan ingat apabila kita sudah berada di atas , tidak mustahil kita akan jatuh kembali ..


ini jela dari saya untuk kali ini .. bertemu lagi di hari dan waktu yang lain .. hehehhe :D

AKU BANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA :D

Thursday 6 December 2012

sahabat ku ..

Assalamualaikum ,

sahabat adalah satu pertalian yang sangat kuat berbanding dengan seorang kawan . kawan ini ibarat pepasir di pantai , tetapi sahabat ini ibarat mutiara di sebalik ribuan pasir ..

untuk membina sebuah persahabatan terkadang mengambil masa bertahun tahun lamanya . tetapi untuk memusnahkannya terkadang mengambil waktu tidak sampai sesaat pun.

wahai sahabat ku , aku harap hubungan kita akan berkekalan , walaupun aku kenal korang semua baru lagi dan tak sampai setahun pun lagi , dan aku dapat rasakan yang korang adalah sahabat aku yang sejati . walaupun kita mempunyai latar belakang yang berbeza , aku harap itu la yang menjadi kekuatan untuk kita . supaya kita lebih memahami antara satu sama lain .

mungkin untuk aku katakan kamu sahabat sejati aku , mungkin ia terlalu awal , tetapi aku yakin , korang la yang sentiasa bersama aku di saat aku jatuh dan bangun .. biar la , banyak cerita buruk di belakang kita , aku tidak kisah semua tu . aku harap itu juga yang akan beri kita kekuatan untuk terus tempuh hidup ini . yang penting niat kita untuk berkawan bukan lah untuk menjatuhkan antara kita .

wahai sahabat , aku bersyukur teramat sangat kerana ALLAH temukan kita . aku tidak mampu untuk balas segala pengorbanan yang korang berikan sama ada aku perasaan ataupun tidak . aku tahu mungkin aku bukan lah sebaik jika dibandingkan dengan yang lain . tetapi aku akan cuba apa yang terdaya untuk bantu kamu wahai sahabat ku .

aku juga tahu , hari takkan selalu nya cerah , dan andai kata terjadinya pertelingkahan antara kita, aku harap ia tak lama dan kita masih bersahabat seperti mana sekarang . aku bangga ada sahabat seperti korang semua . aku nak korang tahu aku tak mampu berdiri sorang diri tanpa kamu wahai sahabatku . kamu selalu mewarnai hari hari ku menjadi indah , dan aku harap aku juga memberri keindahan dalam hidup kamu semua . . aku harap kita akan kekal sahabat untuk selamanya .

*kawaiii




Friday 30 November 2012

MELAYU LAYU



Aku lihat layu dalam melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja
Tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa, nenek moyang kaya raya
Jangan sekali-kali digadai harta bendanya
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu

Takkan melayu hilang di dunia
Ya, tapi apa guna tak hilang di dunia kalau kewujudan tak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat, rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak, suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak, cuma tak berfikir di luar kotak
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai